Bersyukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin dan rahmatnya blog ini berjaya dibina.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ayahanda Lan Matrik dan seluruh ahli Majlis Pewaris Kuala Pilah Bersatu yang banyak memberi kerjasama serta sokongan.

Semoga dengan terhasilnya blog ini diharapkan dapat memajukan lagi imej PEWARIS MALAYSIA khususnya agar perjuangan demi memartabatkan Agama,Bangsa dan Tanahair dapat diperkukuhkan.

Semua sumber mungkin dapat dijadikan rujukan,inspirasi dan motivasi kepada ahli jemaah serta semua pembaca umumnya.Sekiranya terdapat kesilapan dalam penyampaian blog ini,kami selaku ahlijawatakuasa Unit Info & Teknologi Maklumat (IT) memohon maaf.Segala pendapat dan cadangan amat diharapkan untuk memantapkan lagi tujuan termasuk arahtuju pertubuhan.


MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN AYAHANDA PENASIHAT
( AYAHANDA LAN MATRIK )



Ayahanda Lan Matrik,Ayahanda Hanif,Paduka Ayahanda Jamal,Ayahanda Bell & Kekanda Nazri.

Pada 20 Mac 2010 yang lalu,sebuah majlis perwatikahan telah diadakan bagi melantik AYAHANDA LAN MATRIK sbagai Ayahanda Penasihat.Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada PADUKA AYAHANDA JAMAL,AYAHANDA BELL,AYAHANDA HANIF serta KEKANDA TUNGGAK PENGELOLA KEKANDA NAZRI yang sudi hadir bagi menjayakan majlis tersebut.

Turut hadir semua ahli jemaah yang sentiasa taatsetia dibawah naungan AYAHANDA LAN MATRIK dalam memperjuangkan maklamat MAJLIS KUALA PILAH BERSATU serta PEWARIS MALAYSIA khususnya.

Semperna majlis penerimaan watikah AYAHANDA LAN MATRIK berterima kasih kepada semua yang hadir terutamanya kepada PADUKA AYAHANDA, AYAHANDA dan KEKANDA kerana sudi menjayakan majlis.Beliau berharap semua ahli jemaah dapat menitipkan nilai murni dan sifat kasih sayang sesama ahli supaya maklamat serta tujuan perjuangan selama ini dapat dilaksanakan.

Pada majlis tersebut juga semua ahli jemaah telah dimaklumkan mengenai asas pertubuhan dan arahtuju sebenar PEWARIS MALAYSIA serta kata-kata nasihat oleh KEKANDA TUNGGAK PENGELOLA KEKANDA NAZRI bagi memastikan ahli jemaah berada dilandasan yang betul demi memartabatkan AGAMA,BANGSA dan TANAHAIR.

Kami sebagai ahli jemaah mengucapkan tahniah kepada AYAHANDA LAN MATRIK di atas perwatikahan ini.

0 comments:

Post a Comment